Thursday, September 17, 2009
Akademi Pemuda di alam maya Facebook
Wednesday, September 16, 2009
Kunjungan dan Sumbangan kepada Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim
Sejumlah RM10 ribu telah berjaya dikumpulkan dan agihan sumbangan tersebut telah dibuat oleh Pengerusi Biro Akademi Pemuda UMNO, Saudara Khairul Azwan Datuk Harun, pada Selasa, 15 September 2009 bersamaan 25 Ramadhan 1430H kepada dua institusi jagaan anak-anak yatim iaitu Rumah Anak Yatim dan Saudara Baru Teratak Shifa dan Rumah Anak Yatim, Maahad Tahfiz dan Pusat Jagaan anak-anak pelarian Rohingya.
Mengulas mengenai sumbangan yang diberikan, Saudara Khairul Azwan menjelaskan bahawa aktiviti-aktiviti yang menzahirkan keperihatinan Pemuda UMNO dengan rakyat dan permasalahan mereka senantiasa menjadi tumpuan Akademi Pemuda. Tambahan pula ini amat bertepatan dengan syiar Islam yang menganjurkan kita semua untuk mengambil berat dan memperjuangkan kebajikan masyarakat. Menurut Khairul lagi, kesemua aspek ini adalah antara elemen yang ditekankan oleh pemimpin Pemuda UMNO, Saudara Khairy Jamaluddin, kepada semua warga ahlinya.
Dalam pada itu, pengasas Rumah Anak Yatim dan Saudara Baru Teratak Shifa, iaitu Hjh Thom @ Che Tom Bt Ujang, amat bersyukur dan berterima kasih atas keperihatinan dan sumbangan Akademi Pemuda dan sempat mengucapkan, “macam inilah Pemuda UMNO, turun bersama rakyat.” Rumah Anak Yatim kendalian beliau menempatkan hampir dua puluh anak-anak yatim serta saudara baru dan anak-anak golongan fakir yang kesemuanya adalah perempuan.
Manakala, dalam kunjungan yang kedua di Rumah Anak Yatim, Maahad Tahfiz dan Pusat Jagaan anak-anak pelarian Rohingya, pengetuanya iaitu Ustaz Arif turut sama mengucapkan terima kasih kepada Akademi Pemuda. Pusat jagaan anak yatim dan maahad tahfiz tersebut menempatkan kira-kira 35 orang anak pelarian Rohingya, di mana 28 daripadanya adalah anak-anak yatim. Menurut Ustaz Arif, mereka amat bergantung kepada bantuan orang ramai dan serba kekurangan di mana ada kalanya anak-anak tersebut hanya berbekal dan mengalas perut dengan beberapa keping roti Gardenia dengan milo bagi sehari kerana kurangnya dana disamping pemotongan api dan air yang selalu, akibat kelewatan bayaran. Alhamdulillah, menurut beliau – kunjungan dan sumbangan Akademi Pemuda dapat membantu menampung kos operasi pusat tersebut.
Gambar-gambar bagi program tersebut adalah sepertimana paparan di bawah: -
Monday, September 14, 2009
PROGRAM IQRA' DI PARLIMEN REMBAU
Berita: www.prokhairy.com
Sunday, September 13, 2009
Akademi Pemuda
PENGURUSAN
PENGERUSI :KHAIRUL AZWAN HARUN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF :MOHD JOH HJ WID
KETUA PEGAWAI OPERASI :FIRMANSYAH MUHAMAD
PENGARAH PENYELIDIKAN :TENGKU ZUHRI TENGKU ABD AZIZ
PENGARAH STRATEGI DAN PEMBANGUNAN :HASBULLAH HASSIN
PENGARAH PENGURUSAN ILMU :SHAHRIL SUFFIAN HAMDAN
PENGARAH KOMUNIKASI: AZLEY IBRAHIM
PENGURUS 1 :MOHD ASRUM ABD RAHIM
PENGURUS 2 : MOHD MAHZUZ AHMAD
PENGENALAN
AKADEMI PEMUDA ATAU SINGKATANNYA AP TELAH DIPERBADANKAN PADA 17 MEI 2002 MERUPAKAN SATU ENTITI BUKAN BERLANDASKAN KEUNTUNGAN YANG MENAWARKAN INPUT INTELEKTUAL DAN PENYELIDIKAN BAGI PEMUDA DEMI MEMPERJUANGKAN AGENDA PARTI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR, SELARAS DENGAN LIMA RUKUN PEMUDA
AP MEMPUNYAI 15 ORANG PEKERJA SUKARELAWAN YANG TERDIRI DARIPADA GOLONGAN PENDIDIK, PENYELIDIK, PROFESIONAL MUDA DAN BELIA
VISI
MENJADI ENTITI YANG MENJANA MODAL INTELEKTUAL SERTA PERANCANG STRATEGIK DI DALAM PEMUDA DISAMPING MENJADI AGEN PELAKSANA KEPADA PROGRAM-PROERAM YANG SELARI DAN BERIMPAK POSITIF DENGAN VISI PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
MISI
BERTANGGUNGJAWAB MENCADANGKAN STRATEGI BERLANDASKAN AGENDA POLITIK PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
MENGANJURKAN RANGKAIAN CENDIAKAWAN MELAYU, TERUTAMA BAGI ISU-ISU BERKAITAN GOLONGAN MUDA
MENJALANKAN AKTIVITI ILMIAH, LATIHAN UNTUK AHLI UMNO SEJAJAR DENGAN AGENDA MENDIDIK DAN MEMPERKASA AKAR UMBI
MENJADI ‘ONE STOP DATA COLLECTION CENTRE’ UNTUK PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA, TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN PENGUNDI MUDA
DIPERTANGGUNGJAWAB UNTUK MERANSANG DAN MENJANA IDEA-IDEA POLITIK YANG PROGRESIF DAN LIBERAL
MENGANJURKAN PROGRAM-PROGRAM YANG BERSESUAIAN DENGAN ASPIRASI, MASALAH DAN KEPERLUAN GENERASI MUDA